Monday, February 18, 2008

SEBAB-SEBAB YANG DITERIMA UNTUK MEMOHON CUTI REHAT KHAS

Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar

CUTI SAMBILAN

  • Diberi kepada PPP-guru, guru kontrak, GST, g/besar,pengetua
  • Tidak melebihi 7 hari setahun
  • Diberi sehari sahaja (ditambah sehari untuk pergi dan sehari untuk balik jika utk perjalanan) utk setiap tujuan
  • Menziarahi ahli keluarga yang rapat (anak, suami /isteri sendiri atau ibu/bapa, adik beradik, mentua, datuk dan nenek suami/ isteri) yang sedang sakit @ meninggal dunia
  • Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
  • Kecemasan dan kemalangan spt. kebakaran, banjir
  • Menghadiri majlis suaikenal Kursus Luar Kampus utk guru sendiri
  • Menghadiri majlis konvo (guru sdiri/anak/suami/isteri)
  • Menghadiri temuduga bagi pelantikan dlm Perk. Pend. oleh SPP, JPA, JPN, SPA
  • Sebagai tambahan kepada tempoh cuti haji yg tidak mencukupi
  • Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya shj)
  • Menghantar ahli keluarga menunaikan fardu haji
  • Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
  • (Diberi selepas tamat berkursus yang melebihi 12 bulan jika masih ada baki sebelum pergi kursus – Pek. 9/91)

15 comments:

ila said...

macam mana pula kalau pengetua dah luluskan cuti saya kemudian keluar pula ayat "awak mungkin gembira saya luluskan cuti tapi borang prestasi awak saya akan pastikan kurang dari 80%....saya tak pernah cuti rehat tahun lepas dan tahun ni serta tak pernah mc tahun lepas dan tahun ni..TQ

Tunjuk langit said...

Pertama saya hanya mampu mendengar kisah duka ini. Awak memang agak malang kerana mendapat pengetua yang tidak matang dalam pembentukan modal insan.

Chill said...

HANYA KERANA SAYA KERETA SAYA ROSAK DAN TIDAK DAPAT TURUN KE SEKOLAH PADA HARI ITU GAJI SAYA DIPOTONG...SAYA ADA MEMAKLUMKAN KEPADA PK1 TTG SITUASI SAYA...SO SAYA ADA HAK UNTUK MEMOHON CUTI REHAT KHAS..HARI NI TERUS SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH PK1 SAYA YANG GAJI SAYA AKAN DIPOTONG..CRK TIDAK DAPAT DIGUNAKAN...GILA KE APA PENGETUA JENIS NI...

SK KUA said...

cuti,tuan/puan cuma ada hak utk mohon cuti bukkalau GB/Pengetua tak lukluskan, triima aje, itu kuasa gb/pengetua . Cuti hanya kemudahan bukan hak pekerja.tq

mycikgukita said...

biar di potong gaji sekarang, RM300 sahaja contohnya, jgn potong wang ganjaran masa pencen sehari bersamaan dgn sebulan gaji akhir, maknanya, pk1 menjaga kebajikan cikgu

gurugalagasi said...

Bukan bila dah potong gaji sehari nanti ia akan menjejaskan prestasi kita seterusnya suit ganjaran pencen ke....penjelasan cuti INI masih tidak menyeluruhlah....saya ade pekeliling di atas tapi maklumat kesan potong gaji INI tak ade...

Unknown said...

Bukan crk tu..kaalu tak ambil bleh claim duit ke?ok la kta guna bolh jimat duit krjaan hihi

Farahin said...

Xperlu nak tukar duit bagai sbb Kita pun blom tentu tahu masih ada umur atau tidak nak dapat duit golden hand shake Tu.. klu dh emergency leh je pakai..xperlu syg2

Unknown said...

Susah betul nak dapat crk disebabkn hal mustahak yg xada dlm senarai so pngetua tak bg

Unknown said...

Alasan crk ni perlu ditambah baik. Contohnya, semalam kita mc sebab sakit. Doktor bagi sehari je sedangkan kita masih sakit. Sepatutnya boleh minta crk. Ini tak, kita kena pergi klinik lagi minta mc sebab sakit. Bukan membazir duit je tapi masa.

Cikgu vios said...

Kesian sbb2 di atas hanya utk org yg pentingkan diri je.. Ntah ape2 la diorg atas ni..

Cikgu vios said...

Ko baru kerja ke? Kemudahan tp kadang2 ada je yg org yg berkuasa yg tak ikut peraturan ..manusia ada perasaan, sifat lebih kurang antara staf dan bos... Kalau org
Pjbat dia mudah plak lulus

Unknown said...

Terjadi pd saya. Saya sakit yg teruk menyebabkan sy sukar utk bergerak dan berjalan...duduk langsung tak boleh. Doktor hnya bg mc sehari. Sy mohon crk dgn boss dan terangkan masalah kesihatan yg sy hadapi. Alhamdulillah dgn budi bicara boss dia mmeberikan kelulusan crk sy selama 2 hari atas faktor kesihatan.

Suri said...

Memg bukan hak. Tapi takkan langsung takde pertimbangan? Mana sifat kemanusiaan? Masa berkuasa, jangan sombong dan angkuh.

Suri said...

Semua atas budi bicara ketua jabatan. Kalau bos berhemah, ada sifat kemanusiaan, dia akan bagi tanpa banyaj soal. Tapi kalau bos tak boleh berlebih kurang, esok masa pencen, jangan tanya kenapa bila awak bersara ramai yg sujud syukur dan meraikannya dgn gembira..