Tuesday, February 26, 2008

PPPLD Gred DGA29 - Guru Akademik dibayar ETJ - PK1

PPPLD Gred DGA29 (Guru Akademik Yang Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran dan dibayar Elaun Tanggungjawab (ETJ)-Pentadbiran (PK 1)

4.2.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu.

b. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

4.2.2 Kurikulum

a. Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.

b. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

c. Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

d. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.

e. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan sumber pendidikan.

f. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.

g. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru.

h. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan.

i. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan.

j. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

k. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

l. Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta keseluruhannya.

m. Menyusun jadual waktu kelas serta jadual waktu gantian.

4.2.3 Pentadbiran

a. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.

c. Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

d. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.

e. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru bukan guru.

f. Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

g. Menyelaras semua jenis pungutan yuran tahunan.

h. Menjadi ahli lembaga tatatertib.

i. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

j. Mengurus hal-hal bangunan kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.


4.2.4 Hal Ehwal Murid
a. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.

b. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

4.2.5 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

No comments: