Wednesday, February 27, 2008

PPPLD GRED DGA32 - GPK HEM

PPPLD Gred DGA32 - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


4.7.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.7.2 Pentadbiran
a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.

b. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

c. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

d. Membantu dalam urusan sebut harga/ tender makanan asrama sekolah.

e. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

f. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

g. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.


4.7.3 Hal Ehwal Murid

a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid.

b. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.

c. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.

d. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.

e. Mengurus kemasukan Kedatangan harian murid sidang pagi.

f. Mengurus kemasukan penempatan murid.

g. Mengurus pertukaran murid.

h. Mengurus surat akuan sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.

i. Menyemak buku/ kad kemajuan murid dan jadual markah.

j. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

k. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

l. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar tatatertib dan salah laku.

m. Menyelaras dan meyediakan rekos disiplin dan laporan murid.

n. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

o. Merancang, menyelaras dan menyediakan pelaksanaan serta laporan program bimbingan dan kaunseling.

p. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

q. Menguruskan program dan kemudahan rawatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002 PKS1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

r. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

s. Menyelaras segala langkah-langkah dan aktiviti kesihatan dan kebersihan serta keselamatan murid.

t. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan kebajikan murid.

u. Menyelaras hal-hal belanjawan, pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku Skim Pinjaman Buku Teks.

v. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.

w. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama serta pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

x. Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.

y. Menyelaras penyeliaan kebersihan, kesihatan penghuni asrama dan mewujudkan keceriaan asrama.

z. Menyelaras penyeliaan hal makan dan dapur.


4.7.4 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh guru besar dari masa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

No comments: