Monday, February 18, 2008

SEBAB-SEBAB YANG DITERIMA UNTUK MEMOHON CUTI REHAT KHAS

Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar

CUTI SAMBILAN

  • Diberi kepada PPP-guru, guru kontrak, GST, g/besar,pengetua
  • Tidak melebihi 7 hari setahun
  • Diberi sehari sahaja (ditambah sehari untuk pergi dan sehari untuk balik jika utk perjalanan) utk setiap tujuan
  • Menziarahi ahli keluarga yang rapat (anak, suami /isteri sendiri atau ibu/bapa, adik beradik, mentua, datuk dan nenek suami/ isteri) yang sedang sakit @ meninggal dunia
  • Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
  • Kecemasan dan kemalangan spt. kebakaran, banjir
  • Menghadiri majlis suaikenal Kursus Luar Kampus utk guru sendiri
  • Menghadiri majlis konvo (guru sdiri/anak/suami/isteri)
  • Menghadiri temuduga bagi pelantikan dlm Perk. Pend. oleh SPP, JPA, JPN, SPA
  • Sebagai tambahan kepada tempoh cuti haji yg tidak mencukupi
  • Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya shj)
  • Menghantar ahli keluarga menunaikan fardu haji
  • Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
  • (Diberi selepas tamat berkursus yang melebihi 12 bulan jika masih ada baki sebelum pergi kursus – Pek. 9/91)

4 comments:

ila said...

macam mana pula kalau pengetua dah luluskan cuti saya kemudian keluar pula ayat "awak mungkin gembira saya luluskan cuti tapi borang prestasi awak saya akan pastikan kurang dari 80%....saya tak pernah cuti rehat tahun lepas dan tahun ni serta tak pernah mc tahun lepas dan tahun ni..TQ

Tunjuk langit said...

Pertama saya hanya mampu mendengar kisah duka ini. Awak memang agak malang kerana mendapat pengetua yang tidak matang dalam pembentukan modal insan.

Redragonez said...

HANYA KERANA SAYA KERETA SAYA ROSAK DAN TIDAK DAPAT TURUN KE SEKOLAH PADA HARI ITU GAJI SAYA DIPOTONG...SAYA ADA MEMAKLUMKAN KEPADA PK1 TTG SITUASI SAYA...SO SAYA ADA HAK UNTUK MEMOHON CUTI REHAT KHAS..HARI NI TERUS SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH PK1 SAYA YANG GAJI SAYA AKAN DIPOTONG..CRK TIDAK DAPAT DIGUNAKAN...GILA KE APA PENGETUA JENIS NI...

SK KUA said...

cuti,tuan/puan cuma ada hak utk mohon cuti bukkalau GB/Pengetua tak lukluskan, triima aje, itu kuasa gb/pengetua . Cuti hanya kemudahan bukan hak pekerja.tq