Tuesday, February 26, 2008

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Ketua Jabatan juga adalah dinasihatkan supaya meneliti semua permohonan agar menepati syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang di tetapkan di butiran 3 pekeliling ini dan syarat-syarat Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu pekerjaan luar itu:-

i. tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasminya;

ii. tidak dengan apa cara menjejaskan kegunaan pegawai sebagai penjawat awam; dan

iii. tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai seorang pegawai awam.

No comments: