Wednesday, February 27, 2008

PPPLD GRED DGA32 - GPK KO-KURIKULUM

PPPLD Gred DGA32 - Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

4.8.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.8.2 Pentadbiran

a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan 2.

b. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

c. Menyusun/menyelaras kegiatan ko-kurikulum.

d. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.

e. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum yang telah diambil.

f. Membantu di dalam segala penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

g. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.

h. Menyelaras hari-hari perayaan dan program sekolah.

i. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

j. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

k. Memastikan rekod dan data ko-kurikulun di selenggarakan.

l. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan ko-kurikulum.

m. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.


4.8.3 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain
a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan ko-kurikulum termasuk sidang petang.

b. Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

c. Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

d. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

e. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.

f. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

g. Merancang dan menyelia kegiatan pakaian seragam.

h. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

i. Merancang kegiatan persatuan dan kelab.

j. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.

k. Menyelia dan menyelaras aktiviti dan kegiatan persatuan serta kelab di dalam dan di luar sekolah.

l. Menganggotai jawatan-jawatan kuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

m. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

No comments: