Monday, February 18, 2008

CUTI REHAT KHAS (CRK) PP.3/2005

Kerajaan telah bersetuju bahawa:

a. Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar; dan

b. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

PPP layak CRK 7 hari satu tahun kalendar mulai 1.3. 2004

CRK yang tidak dapat di habiskan tidak boleh di bawa ke tahun hadapan tapi boleh di kumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Jumlah maksima boleh dikumpulkan sebanyak 120 hari sepanjang tempuh perkhidmatan


PPP YANG LAYAK CRK

  • PPP yang mengajar dan di beri kemudahaan cuti penggal atau cuti semester
  • Guru Sandaran Terlatih
  • Guru Kontrak

PPP YANG TIDAK LAYAK CRK

  • PPP yang tidak di berikan kemudahan Cuti Rehat mengikut P.A. Bab C
  • Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah
  • Guru Sandaran Tidak Terlatih

KUASA YANG MELULUSKAN PERMOHONAN CRK

  • Pengetua / Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di Sekolah;
  • Ketua Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi di mana pegawai tersebut bertugas; dan
  • Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di diatas.

1 comment:

huda said...

ada syarat untuk mohon cuti rehat khas tak?