Wednesday, March 12, 2008

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi.

Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PTK mengikut dasar yang ditetapkan oleh JPA melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006, dan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun

Dijawab oleh :
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia
28 Ogos 2007

Tuesday, March 11, 2008

Sukatan Peperiksaan TK1 dan TK2 bagi DGA29 - BAHAGIAN 1

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 & 2 (TK 1 & TK2)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH GRED DGA29

(TK2 - untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA29 yang berada di peringkat gaji P2 dan/ atau P3)

Kandungan Sukatan Peperiksaan terdiri daripada dua bahagian, iaitu :
Bahagian I : Kompetensi Umum terdiri daripada dua aspek kompetensi,
iaitu : Kompetensi Teras, dan Kompetensi Profesional

Bahagian II : Kompetensi Khusus / Fungsi

ASPEK KOMPETENSI TERAS

*Pengurusan Personel


(i) Peraturan dan proses yang berkaitan dengan pengambilan, latihan, kenaikan pangkat dan penamatan kakitangan awam.

(ii) Peraturan dan urusan tatakelakuan dan tindakan tatatertib.
Tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan,
pertukaran dan kursus, cuti-cuti, rumah-rumah kerajaan, rawatan dan perubatan.

*Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

(a) Pengurusan program ke arah penambahbaikan dan pemantapan pembangunan sesebuah organisasi. Ini meliputi penambahan sistem pengurusan dan pembangunan kemahiran di sektor awam. Ia merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
(i) Inovasi perkhidmatan awam
(ii) Peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam
(iii)Penggunaan borang tindakan kerja
(iv)Pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang
(v) Piagam Pelanggan


*Dasar Pembangunan Negara

(a) Tujuan, rasional, konsep, perlaksanaan dan kesan-kesan dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti:
(i) Dasar Pembangunan Nasional
(ii) Dasar Pendidikan Malaysia
(iii)Dasar Sains dan Teknologi
(iv)Dasar Bersih, Cekap dan Amanah


*Keutuhan Peribadi

(a) Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam seperti:
(i) Nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam
(ii) Etika Perkhidmatan Awam
(iii)Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam


*Komunikasi Berkesan
(a) Kemahiran Berkomunikasi
(b) Interpersonal komunikasi
(c) Halangan-Halangan Komunikasi


ASPEK KOMPETENSI PROFESIONAL

*Sejarah Pendidikan Malaysia
(i) Fakta-fakta sejarah zaman penjajahan, Penyata Razak 1956
(ii) Laporan Kabinet 1979

*Akta Pendidikan 1966 pindaan tahun 2002:
(i) Pendidikan wajib
(ii) Kurikulum Kebangsaan Pra-Sekolah


*Falsafah Pendidikan Negara
(i) Penyata Razak 1956
(ii) Penyata Rahman Talib 1961
(iii)Laporan Kabinet mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran

*Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996
(i) Kaedah-Kaedah Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1997

Saturday, March 1, 2008

LAGU TEMA HARI GURU 2007

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG [mp3]



Keunggulan,

Kecemerlangan pendidikan telah dibuktikan

Guru sejati berilmu tinggi

Hidup berbudi seikhlas hati



Guru penjana modal insan gemilang

Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang

Guru penjana modal insan gemilang

Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang



Keterampilan,

Kecanggihan keilmuan direalisasikan

Guru sejati kasih insani

Gigih berusaha demi pertiwi



Guru penjana modal insan gemilang

Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang

Guru penjana modal insan gemilang

Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang



Tak dihiraukan cabaran

Dengan jaya direntasi

Kejayaan kan dimiliki

Ikrar pasti dikota janjikan terlaksana

Demi Malaysia tercinta



Guru penjana modal insan gemilang

Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang

Guru penjana modal insan gemilang

Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang



Lagu Tema Hari Guru 2007

Ciptaan : En. Rosli bin Ahmad, BTP 2007

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN CALON TOKOH GURU

" Calon hendaklah seorang Warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.

" Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.

" Calon hendakalah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun telah bersara, tidak termasuk persaraan pilihan, melainkan sebab-sebab kesihatan.

" Calon Tokoh Guru hendaklah sedang, atau telah berkhidmat sebagai guru, atau pengetua, atau guru besar, atau pensyarah, atau pentadbir di dalam perkhidmatan pendidikan. Kriteria pemilihan Calon Tokoh Guru hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan berikut :

i. Perkhidmatan cemerlang sebagai guru di bilik darjah.

ii. Sumbangan cemerlang kepada profesion.

iii. Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat.

iv. Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.

" Pemilihan calon Tokoh Guru boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah lama meninggal dunia.

" Kesatuan dan persatuan perkhidmatan perguruan bioleh membuat pencalonan di peringkat negeri dan kebangsaan.

ANUGERAH TOKOH GURU

"Anugerah Tokoh Guru" adalah merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap kewibawaan guru berdasarkan kriteria berikut :

" Perkhidmatan cemerlang di bilik darjah.

" Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan.

" Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat.

" Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.
pingat tokoh guru


BENTUK
Dari bentuk bulat 6 sm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan yang menyerupai bentuk bintang adalah mewakili negeri-negeri di Malaysia.

CORAK
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah dan murni

WARNA
Warna keemasan melambangkan kemurnian dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna-warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas

Lambang Hari Guru

lambang hari guru
Putih :

menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak :

Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh

Kuning :

Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah :

Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru :

Menunjukkan perpaduan muhibah.


Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Tema-Tema Perayaan Hari Guru (1972 - 2007)

1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 - Guru dan Pembangunan Negara

1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan

1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu

1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama

2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

TOKOH GURU (2000 - 2007)

Tokoh-Tokoh Guru Kebangsaan

2000
Puan Nik Faizah Mustapha
Tuan Haji Tawi Yaakub
Encik Cheong Yong Kwong
Tuan Haji Abd. Ghani Wahab
Dr. Seenivasagam Muthukumar Ponniah

2001
Tuan Haji Mohamed Saat Bongkek
Encik Abang Hamdan Jas
Puan Hajah Siti Aishah Haji Ab. Rahman
Tuan Haji Sulaiman Samad
Encik Robert David

2002
Tuan Haji Abdul Karim Abdullah
Tuan haji Khamis Noyo
Tuan Haji Abdul Hamid Haji Noor Mohamed
Cik Hajah Nasriah Haji Maghribi
Encik Nagaratnam a/l Ponnurengan

2003
Puan Sri Aisha Haji Shamsuddin
Tuan Haji Sulaiman Mohd. Nawi
Tuan Haji Hussain Haji Paris
Encik M.P. Rangganathan
Encik Ho Thean Sung

2004
Tuan Haji Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
Encik Krishnasamy a/l Tambusamy
Puan Hajah Wan Safinah Haji Saleh
Encik Ali bin Suhaili

2005
Tn. Hj. Ramli bin Amat@Haji Ahmad
Tn Hj. Abdul Manan bin Mohamed Noh
Tn. Hj. Ghazali bin Hj. Yusuf
Encik Teo Huat@Teo Teck Huat
Hajah Engku Tik Azizah binti Tengku Abdul Manan

2006
Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman
Profesor Dr. Haji Hussein bin Haji Ahmad
Puan Hajah Azizah binti Haji Md. Taib

2007
Datuk Muhamad Mustaffa, 62,
Datuk Abdul Majid Omar, 66
Gerald Lee Leong Ai, 60,

TOKOH GURU (1990 - 1999)

Tokoh-Tokoh Guru Kebangsaan

1990
Dato' Haji Idris Haji Tain
Tuan Haji Abdullah Sani Abu Bakar
Encik Michael Graham Parry

1991
Datuk Haji Parman Hassan Raji
Dato' Haji Abbas Haji Muhammad
Puan Dawn Parry

1992
Dato' Haji Ibrahim Sulaiman
Puan Siti Bidayah Haji Din
Encik Lau Hut Yee

1993
Dato' Abdul Aziz Ismail
Tuan Haji Ibrahim Yaakob
Tuan Haji Mohd. Said Saidin
Dato' Haji Mohd. Taib Omar

1994
Tuan Haji Wan Samsudin Mohd. Yusof
Encik Nordin Haji Mahmood
Encik Jikal Gabie
Encik Khor Beng Hoe

1995
Tuan Haji Haaman@Sharman Abu
Encik Anthony Reynolds Peter
Tuan Haji Wan Din Wan Mat
Encik Amirbek Amir Husain

1996
Encik Anthony Lim Peng Hwa
Puan Hajah Embun Muhamad Ali
Puan Irene Syawe Chin Chi
Encik Abdul Razak Ismail

1997
Dato' Haji Jumaat Dato' Haji Mohd. Nor
Dato' N.S. Selvamany
Tuan Haji Harun Haji Hassan
Tuan Aminuddin Muhammad

1998
Dato' Haji Abdul Rahim Haji Abdul Majid
Dato' Dr. Haji Yahya Ibrahim
Tuan Haji Mohd. Tahir Haji Ahmad
Tuan Haji Mohamed Ali

1999
Puan Molly Chong Nee Molly Gee
Encik Mohd. Mokhtar Talib
Puan Hajah Rahmah Haji Hussain
Tuan Haji Hambali Abdul Razak
Tuan Haji Kasim Muhammad

TOKOH GURU (1980 - 1989)

Tokoh-Tokoh Guru Kebangsaan

1980
Tuan Haji Omar Othman
Tuan Haji Mohd. Diah Abdul Rahman
Dato' James Frederick Augustine

1981
Tuan Haji Mohd. Yusof Badin
Puan Hajah Maimunah Abdul Rahman
Tuan Haji Othman Haji Ali

1982
Dato' Haji Zainal Abidin Ali
Tuan Haji Abd. Rashid Ahmad
Tuan Haji Mohd. Zain Rashid

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tuan Haji Muhammad Zain Ayub
Encik Ang Kean Kah

1984
Tuan Haji Abd. Razak Abd. Hamid
Encik Shaharom Husain
Tuan Haji Muhammad Bujang
Puan Hajah Hendon Haji Din

1985
Encik A. Ali Manjang
Encik Ahmad Kotot
Tuan Haji Idris Haji Abd. Salam
Tuan Haji Yasin Saleh

1986
Dato' Haji Abd. Aziz Tapa
Puan Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato' Ariffin Md. Nam

1987
Dato' Paduka Sheikh Abd. Mohd. Nor
Encik Chang Min Phang Paul
Tuan Haji Hashim Abd. Rahman

1988
Encik Sulaiman Haji Ebi
Cik Visalacey Muttu
Encik Harith Muhammad Liki

1989
Encik Mohamed Ali Mohamed
Encik Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd. Ali
Puan Hajah Saidah Haji Mohd. Fadlullah

TOKOH GURU (1975 - 1979)

Tokoh-Tokoh Guru Kebangsaan

1975
Puan Hajah Zainun Munshi Sulaiman
Encik Mohd. Nor Ahmad
Encik Ting Pin Sung
Encik A.V. Perumal
Encik Tan Chong Bee

1976
Tuan Haji Kassim Harun
Tuan Haji Mohammad Haji Abdullah
Tuan Haji Ali Mohd. Yunus
Encik V.K. Thaillaikannu
Encik Tan Chee Meng

1977
Tuan Haji Abu Bakar Al Bakir
Encik Qua Chiew Kooi
Tuan Haji Ahmad Abdul Rahman
Encik Abu Kassim Yusof
Encik Abdul Rahman Md. Akib
Encik K.Kannan
Puan Lily Eberwein

1978
Encik Ann Moreira
Encik Bapoo Mohd. Hashim
Dato' Haji Abdul Alif Haji Md. Arshad
Encik Gurnam Singh
Encik Mohd. Nor Abd. Hamid
Encik Waung Yoon Nien

1979
Kapt. Dato' Haji Mohd. Nor Mohammad
Tuan Haji Muhammad Yusof Ahmad
Encik Mohd. Aslie Luttah

Lagu: Guru Malaysia

GURU MALAYSIA [MP3]

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara Kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Etika Kepimpinan

Tanggungjawab

  • menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.
  • sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri.
  • sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
  • membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.

Sikap

  • sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
    mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
  • mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.


Perawakan dan Peribadi

  • mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik.
  • sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
  • sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
  • menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-fakrot jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama..

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Latar Belakang Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956

Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.