Thursday, February 28, 2008

JADUAL GAJI DGA38


JADUAL GAJI DGA34


JADUAL GAJI DGA32


JADUAL GAJI DGA29


PPPLD GRED DGA38 - GURU BESAR SEKOLAH KLUSTER [SEKOLAH RENDAH]

PPPLD Gred DGA38 - Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah)

4.17.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.17.2 Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.

4.17.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

4.17.4 Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.

4.17.5 Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

4.17.6 Mempunyai lima (5) kuasa autonomi iaitu pengurusan sekolah, pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber kewangan dan fizikal, pengurusan pelaksanaan kurikulum serta pengurusan dan pelaksanaan ko-kurikulum.

PPPLD GRED DGA38 - GURU BESAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH

PPPLD Gred DGA38 - Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah

4.16.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.16.2 Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.

4.16.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum.

4.16.4 Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.

4.16.5 Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

4.16.6 Menjadi mentor kepada Guru Besar di sekolah lain untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pencapaian akademik pelajar.

4.16.7 Menjadi pakar rujuk kepada Guru Besar dan guru-guru di peringkat zon, daerah dan negeri.

Wednesday, February 27, 2008

PPPLD GRED DGA34 - GURU BESAR

PPPLD Gred DGA34 - Guru Besar

4.14.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.14.2 Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.

4.14.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

4.14.4 Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.

4.14.5 Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

PPPLD GRED DGA32 - GURU BESAR

PPPLD Gred DGA32 - Guru Besar

4.12.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.12.2 Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.

4.12.3 Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

4.12.4 Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.

4.12.5 Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

PPPLD GRED DGA34 - GURU CEMERLANG

PPPLD Gred DGA34 - Guru Cemerlang

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran kepakaran untuk 12 hingga 22 waktu seminggu.

b. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

c. Memahami dan mematuhi Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang di ajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.

d. Memimpin dan membantu tugas kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.

e. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.

f. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakarannya atau bidang pengkhususannya.

g. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

h. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.

i. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).

j. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

PPPLD GRED DGA32 - PENYELIA PETANG

PPPLD Gred DGA32 - Penyelia Petang

4.10.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.10.2 Kurikulum

a. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

b. Membantu dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang.

c. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

d. Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, program radio dan televisyen dan sebagainya.

e. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

f. Menyelaras dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.


4.10.3 Pentadbiran

a. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Guru Penolong Kanan HEM.

b. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.

c. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

d. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

e. Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.

f. Menyelaraskan pungutan yuran, derma dan jenis-jenis pungutan yang lain.

g. Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal/ bengkel dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.

h. Membantu merancang takwim sekolah.

i. Membantu merancang menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

j. Menyemak buku kedatangan murid sidang petang.

k. Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan.

l. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

m. Menguruskan hal-hal biasiswa yang berkaitan dengan mengedar borang permohonan.

n. Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan, dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.


4.10.4 Hal Ehwal Murid

a. Menyelaraskan semua jenis tindakan disiplin.

b. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.

c. Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.

d. Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.

e. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.


4.10.5 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menyelaras kegiatan ko-kurikulum, pakaian seragam, persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.

b. Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan sidang petang.

c. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang diarahkan oleh Pengetua.

d. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

PPPLD GRED DGA32 - GPK PENTADBIRAN [PK1]

PPPLD Gred DGA32 - Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PK 1)

4.9.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.9.2 Kurikulum

a. Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.

b. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

c. Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

d. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.

e. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan sumber pendidikan.

f. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.

g. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru.

h. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan.

i. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan.

j. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

k. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

l. Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta keseluruhannya.

m. Menyusun jadual waktu kelas serta jadual waktu gantian.


4.9.3 Pentadbiran

a. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.

c. Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

d. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.

e. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru bukan guru.

f. Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

g. Menyelaras semua jenis pungutan yuran tahunan.

h. Menjadi ahli lembaga tatatertib.

i. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

j. Mengurus hal-hal bangunan kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.


4.9.4 Hal Ehwal Murid

a. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.

b. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.


4.9.5 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

PPPLD GRED DGA32 - GPK KO-KURIKULUM

PPPLD Gred DGA32 - Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

4.8.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.8.2 Pentadbiran

a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan 2.

b. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

c. Menyusun/menyelaras kegiatan ko-kurikulum.

d. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.

e. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum yang telah diambil.

f. Membantu di dalam segala penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

g. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.

h. Menyelaras hari-hari perayaan dan program sekolah.

i. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

j. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

k. Memastikan rekod dan data ko-kurikulun di selenggarakan.

l. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan ko-kurikulum.

m. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.


4.8.3 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain
a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan ko-kurikulum termasuk sidang petang.

b. Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

c. Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

d. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

e. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.

f. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

g. Merancang dan menyelia kegiatan pakaian seragam.

h. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

i. Merancang kegiatan persatuan dan kelab.

j. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.

k. Menyelia dan menyelaras aktiviti dan kegiatan persatuan serta kelab di dalam dan di luar sekolah.

l. Menganggotai jawatan-jawatan kuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

m. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

PPPLD GRED DGA32 - GPK HEM

PPPLD Gred DGA32 - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


4.7.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

b. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.7.2 Pentadbiran
a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.

b. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

c. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

d. Membantu dalam urusan sebut harga/ tender makanan asrama sekolah.

e. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

f. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

g. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.


4.7.3 Hal Ehwal Murid

a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid.

b. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.

c. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.

d. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.

e. Mengurus kemasukan Kedatangan harian murid sidang pagi.

f. Mengurus kemasukan penempatan murid.

g. Mengurus pertukaran murid.

h. Mengurus surat akuan sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.

i. Menyemak buku/ kad kemajuan murid dan jadual markah.

j. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

k. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

l. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar tatatertib dan salah laku.

m. Menyelaras dan meyediakan rekos disiplin dan laporan murid.

n. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

o. Merancang, menyelaras dan menyediakan pelaksanaan serta laporan program bimbingan dan kaunseling.

p. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

q. Menguruskan program dan kemudahan rawatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002 PKS1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

r. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

s. Menyelaras segala langkah-langkah dan aktiviti kesihatan dan kebersihan serta keselamatan murid.

t. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan kebajikan murid.

u. Menyelaras hal-hal belanjawan, pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku Skim Pinjaman Buku Teks.

v. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.

w. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama serta pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

x. Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.

y. Menyelaras penyeliaan kebersihan, kesihatan penghuni asrama dan mewujudkan keceriaan asrama.

z. Menyelaras penyeliaan hal makan dan dapur.


4.7.4 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh guru besar dari masa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

PPPLD GRED DGA32 - GURU CEMERLANG

PPPLD Gred DGA32 - Guru Cemerlang

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran kepakaran untuk 12 hingga 22 waktu seminggu.

b. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

c. Memahami dan mematuhi Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.

d. Memimpin dan membantu tugas kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.

e. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.

f. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakarannya atau bidang pengkhususannya.

g. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

h. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.

i. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).

j. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

k. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PPPLD GRED DGA32 - GURU AKADEMIK [TIME-BASED]

PPPLD Gred DGA32 - Guru Akademik (Time-based)

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 22 hingga 30 waktu seminggu.

b. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

c. Memahami dan mematuhi Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.

d. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

e. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.

f. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).

g. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

h. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

i. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

j. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

k. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel serta mengawasi penggunaan peralatan.

l. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

m. Membantu menguruskan Bank Soalan.

n. Menjalankan tugas sebagai seorang Kaunselor dan Guru Disiplin.

o. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang dikendalikan oleh Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

p. Pengendalian aktiviti ko-kurikulum.

q. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PPPLD GRED DGA29 - GURU AKADEMIK DIBAYAR ETJ - KO-KURIKULUM

PPPLD Gred DGA29 - Guru Akademik Yang Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran dan dibayar Elaun Tanggungjawab (ETJ) - Ko-Kurikulum


4.4.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu.

b. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


4.4.2 Pentadbiran

a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar lain-lain Guru Penolong Kanan.

b. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

c. Menyusun/menyelaras kegiatan ko-kurikulum.

d. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.

e. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum yang telah diambil.

f. Membantu di dalam segala penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

g. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.

h. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.

i. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

j. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

k. Memastikan rekod dan data ko-kurikulun diselenggarakan.

l. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan ko-kurikulum.

m. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.


4.4.3 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan ko-kurikulum termasuk sidang petang.

b. Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

c. Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

d. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

e. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.

f. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

g. Merancang kegiatan pakaian seragam.

h. Menyelia kegiatan pakaian seragam.

i. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

j. Merancang kegiatan persatuan dan kelab.

k. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.

l. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.

m. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

n. Menganggotai jawatan-jawatan kuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

o. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Tuesday, February 26, 2008

PPPLD GRED DGA29 - GURU AKADEMIK DIBAYAR ETJ - HEM

PPPLD Gred DGA29 (Guru Akademik Yang Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran dan dibayar Elaun Tanggungjawab (ETJ) - Hal Ehwal Murid )

4.3.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu.

b. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

4.3.2 Pentadbiran

a. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang lain.

b. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

c. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

d. Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah.

e. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

f. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

g. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

4.3.3 Hal Ehwal Murid

a. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid.

b. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.

c. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.

d. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.

e. Mengurus kemasukan kedatangan harian murid sidang pagi.

f. Mengurus kemasukan penempatan dan pertukaran murid.

g. Mengurus surat akuan sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.

h. Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.

i. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

j. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

k. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar tatatertib dan salah laku.

l. Menyelaras dan meyediakan rekos disiplin dan laporan murid.

m. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

n. Merancang, menyelaras dan menyediakan pelaksanaan serta laporan program bimbingan dan kaunseling.

o. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

p. Menguruskan aktiviti dan kemudahan kesihatan dan kebersihan murid dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002 PKS1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

q. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

r. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan kebajikan murid.

s. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

t. Menyelaras hal-hal belanjawan, pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku Skim Pinjaman Buku Teks.

u. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.

v. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.

w. Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

x. Menyelaras ha-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.

y. Menyelaras penyeliaan kebersihan dan kesihatan penghuni asrama dan mewujudkan keceriaan asrama.

z. Menyelaras penyeliaan hal makan dan dapur.

4.3.4 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh guru besar dari masa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

PPPLD Gred DGA29 - Guru Akademik dibayar ETJ - PK1

PPPLD Gred DGA29 (Guru Akademik Yang Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran dan dibayar Elaun Tanggungjawab (ETJ)-Pentadbiran (PK 1)

4.2.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu.

b. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

c. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

4.2.2 Kurikulum

a. Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.

b. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

c. Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

d. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.

e. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan sumber pendidikan.

f. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.

g. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru.

h. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan.

i. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan.

j. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

k. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

l. Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta keseluruhannya.

m. Menyusun jadual waktu kelas serta jadual waktu gantian.

4.2.3 Pentadbiran

a. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.

c. Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

d. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.

e. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru bukan guru.

f. Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

g. Menyelaras semua jenis pungutan yuran tahunan.

h. Menjadi ahli lembaga tatatertib.

i. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

j. Mengurus hal-hal bangunan kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.


4.2.4 Hal Ehwal Murid
a. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.

b. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

4.2.5 Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

a. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

b. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS GURU AKADEMIK [DGA29]

PPPLD Gred DGA29 - Guru Akademik

a. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 22 hingga 30 waktu seminggu.

b. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

c. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.

d. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

e. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.

f. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).

g. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

h. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

i. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

j. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

k. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel serta mengawasi penggunaan peralatan.

l. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

m. Membantu menguruskan Bank Soalan.

n. Menjalankan tugas sebagai seorang Kaunselor dan Guru Disiplin.

o. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang dikendalikan oleh Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

p. Pengendalian aktiviti ko-kurikulum.

q. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

[MAKLUMAT DARI PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.11 2007]

PENGHURAIAN KERJA PPPLD

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan DGA38.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagianbahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek berikut :-

i. Pengajaran dan Pembelajaran (Kurikulum).
ii. Ko-kurikulum (Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform).
iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan/Kebajikan/Kesihatan/Bina Insan/Sistem Maklumat Murid/Koperasi/Lawatan).
iv. Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran serta Kewangan.
v. Pembangunan Fizikal.
vi. Pembangunan Staf.
vii. Hubungan Komuniti.

SKIM PERKHIDMATAN PPPLD


LAPORAN PERMOHONAN SEBAGAI GURU TUISYEN


KEBENARAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN








BORANG PERMOHONAN SEBAGAI GURU TUISYEN








Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Ketua Jabatan juga adalah dinasihatkan supaya meneliti semua permohonan agar menepati syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang di tetapkan di butiran 3 pekeliling ini dan syarat-syarat Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu pekerjaan luar itu:-

i. tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasminya;

ii. tidak dengan apa cara menjejaskan kegunaan pegawai sebagai penjawat awam; dan

iii. tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai seorang pegawai awam.

BERCADANG MELAKUKAN TUISYEN...

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

Pegawai dan kakitangan yang bercadang melakukan tuisyen atau sebagai tenaga pengajar sambilan hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan dokumen berikut:-

i. dua (2) salinan borang seperti di Lampiran A
ii. salinan buku rekod perkhidmatan
iii. jadual waktu mengajar di sekolah
iv. lesen pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (bagi Pusat Tuisyen Swasta)
v. surat tawaran pelantikan sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan
vi. jadual waktu mengajar sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN

GARIS PANDUAN SERTA SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN DAN TENAGA PENGAJAR SAMBILAN
(mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil.1 Tahun 2006)


4.1 pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan;

4.2 permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula;

4.3 pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu;

4.4 pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;

4.5 pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk suami / isteri / ibu / bapa / adik beradik / saudara mara yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;

4.6 pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen / ‘home tuition’ atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar;

4.7 pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing;

4.8 khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat;

4.9 pemohon tidak digalakkan memberi khidmat mengajar di luar stesyen / kawasan tempat beliau bertugas (luar stesyen bermaksud jarak lokasi tempat khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan dengan pejabat tidak lebih daripada 25 km);

4.10 pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan;

4.11 tempoh pemohon memegang jawatan sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan dihadkan satu (1) tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan menggunakan permohonan seperti kali pertama;

4.12 pemohon hendaklah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing-masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

4.13 kuasa untuk meluluskan permohonan pemohon terletak kepada budi bicara Pihak Berkuasa Meluluskan dan keputusan adalah muktamad;

dan

4.14 Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan jika didapati pemohon melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

Monday, February 18, 2008

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ----- 国家教育哲理

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH LEBIH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI, BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.



在马来西亚,教育是一项持续性的事业,
它致力于全面及综合地发展个人之潜质。
在信奉及遵从上苍的基础上,塑造一个在
智力、情感、心理与生理方面都能平衡与和谐的人。
其目的在于造就具有丰富的学识、积极的态度、
崇高的品德、责任感,并有能力达致个人幸福的大马公民,
从而为社会与国家和谐与繁荣作出贡献。

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai yang memilih Skim KWSP– PP 5/2004

Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Kepada Pegawai yang memilih Skim KWSP

  • Pemberian wang tunai gantian cuti rehat (GCR) kpd peg yg memilih skim KWSP sebagai faedah persaraan mula 1.11.04
  • Cara pengumpulan untuk tujuan pemberian GCR sama seperti PP 4/2003 (borang) di baca bersama PP 7/2003 ( maks 120 hari mula 1.8.04)


GCR PEGAWAI PILH KWSP

  • Pegawai yang tidak layak ialah pegawai yang meletak jawatan dan yang dibuang kerja akibat tindakan tatertib
  • Pihak yang MELULUS dan MEMBIAYAI Pemberian GCR ialah Jabatan terakhir pegawai berkenaan bertugas

PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

*Prinsip cuti rehat yang tidak dapat di habiskan demi kepentingan perkhidmatan
*Maksima 120 hari sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai mulai 1.8.03 (PP 7/03)
*Maksima 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak
*Pengumpulan GCR pada setiap akhir tahun
*Istimewa pada tahun akhir perkhidmatan dibenarkan kumpul cuti rehat bagi GCR daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun tersebut


PPP YANG LAYAK GCR
  • PPP yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau semester
  • PPP yang memilih Skim Pencen mulai 1.3. 2004 dan memilih Skim KWSP mulai 1.11. 2004 (PP5/04)
  • PPP yang meninggal dunia pada atau selepas 1.3. 2004 manakala PPP yang bersara pada atau selepas 2 .3. 2004

PPP YANG TIDAK LAYAK GCR
  • PPP yang berjawatan tetap yang tidak layak cuti rehat khas
  • Guru Sandaran Terlatih / Guru Sandaran Tidak Terlatih;
  • Guru Kontrak;
  • Pegawai yang meletak jawatan
  • Pegawai yang dibuang kerja
  • Pegawai yang meninggal dunia sebelum 01 Mac 2004; dan
  • Pegawai yang bersara sebelum 2 Mac 2004

PENGUMPULAN CRK BAGI PEMBERIAN WANG TUNAI GCR

  • CRK yg tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul setiap tahun untuk GCR
  • CRK yang dikumpul (maks 7 hari) boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul di bawah PP 7 /2003
  • Perlu mendapat pengesahan KJ setiap tahun dan dicatat dlm BRP
  • Maksima pengumpulan Cuti CRK bagi mendapat pemberian wang tunai sebanyak 120 hari sahaja sepanjang perkhidmatan seorang pegawai.

FORMULA KIRAAN GCR
Pengiraan GCR = 1/ 30 X Gaji Akhir diterima X Jumlah Hari Yang dikumpul Untuk GCR

*Gaji akhir yang diterima ialah gaji hakiki pegawai pada masa tersebut termasuk Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas , Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam

SEBAB-SEBAB YANG DITERIMA UNTUK MEMOHON CUTI REHAT KHAS

Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar

CUTI SAMBILAN

  • Diberi kepada PPP-guru, guru kontrak, GST, g/besar,pengetua
  • Tidak melebihi 7 hari setahun
  • Diberi sehari sahaja (ditambah sehari untuk pergi dan sehari untuk balik jika utk perjalanan) utk setiap tujuan
  • Menziarahi ahli keluarga yang rapat (anak, suami /isteri sendiri atau ibu/bapa, adik beradik, mentua, datuk dan nenek suami/ isteri) yang sedang sakit @ meninggal dunia
  • Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
  • Kecemasan dan kemalangan spt. kebakaran, banjir
  • Menghadiri majlis suaikenal Kursus Luar Kampus utk guru sendiri
  • Menghadiri majlis konvo (guru sdiri/anak/suami/isteri)
  • Menghadiri temuduga bagi pelantikan dlm Perk. Pend. oleh SPP, JPA, JPN, SPA
  • Sebagai tambahan kepada tempoh cuti haji yg tidak mencukupi
  • Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya shj)
  • Menghantar ahli keluarga menunaikan fardu haji
  • Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
  • (Diberi selepas tamat berkursus yang melebihi 12 bulan jika masih ada baki sebelum pergi kursus – Pek. 9/91)

CUTI REHAT KHAS (CRK) PP.3/2005

Kerajaan telah bersetuju bahawa:

a. Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar; dan

b. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

PPP layak CRK 7 hari satu tahun kalendar mulai 1.3. 2004

CRK yang tidak dapat di habiskan tidak boleh di bawa ke tahun hadapan tapi boleh di kumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Jumlah maksima boleh dikumpulkan sebanyak 120 hari sepanjang tempuh perkhidmatan


PPP YANG LAYAK CRK

  • PPP yang mengajar dan di beri kemudahaan cuti penggal atau cuti semester
  • Guru Sandaran Terlatih
  • Guru Kontrak

PPP YANG TIDAK LAYAK CRK

  • PPP yang tidak di berikan kemudahan Cuti Rehat mengikut P.A. Bab C
  • Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah
  • Guru Sandaran Tidak Terlatih

KUASA YANG MELULUSKAN PERMOHONAN CRK

  • Pengetua / Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di Sekolah;
  • Ketua Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi di mana pegawai tersebut bertugas; dan
  • Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di diatas.

Sunday, February 17, 2008

CUTI UMUM SELANGOR

CUTI UMUM SELANGOR

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2008 KUMPULAN B

KALENDAR SEKOLAH 2008 B

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2008 KUMPULAN A

KALENDAR SEKOLAH 2008 A

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2008

JADUAL GAJI 2008


Takwim Peperiksaan Tahun 2008

UPSR
Ujian Bertulis
9 - 11 September 2008

PMR
Ujian Bertulis
14 - 20 Oktober 2008

SPM
Amali
13 - 15 Oktober 2008
Ujian Bertulis
12 November - 4 Disember 2008

STAM
Ujian Lisan
13 - 18 Julai 2008

20 - 25 Julai 2008
Ujian Bertulis
14 - 16 Oktober 2008

20 - 21 Oktober 2008

SPM (Ulangan)
Bahasa Melayu
24 Jun 2008
Matematik
25 Jun 2008